Rabu, 31 Mac 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010


Pada 26, 27 dan 28hb Mac yang baru lalu ,Unit Ko-kurikulum sekolah telah mengadakan perkhemahan tahunan unit pakaian seragam bertempat di Pantai Alit, Kabong. Seramai lebih kurang 50 orang murid-murid yang menjadi ahli Pengakap, Tunas Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah SK Mandor Aris, terlibat dalam perkhemahan tersebut. Turut serta juga ialah seramai 20 orang guru, kakitangan sekolah serta ibubapa. Rombongan berangkat kira-kira pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Pantai Alit sejam kemudian. Sejurus tiba semua ahli unit pakaian seragam terbabit mendirikan khemah dan membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampung Alit yang banyak membantu perkhemahan tersebut sejak beberapa tahun sebelumnya. Berikut adalah beberapa aktiviti yang sempat dirakam:


Tunas Puteri 2010

PBSM

Pengakap


Pengakap


Antara aktiviti yang dijalankan.



Pemandangan Pantai Alit waktu senja.

Guru-guru serta kakitangan sekolah dan ibubapa yang turut serta sempat bergambar bersama.

Gambar-gambar diambil daripada wall Facebook Pn. Nur Asiah bt Jusoh. Terima kasih atas sumbangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan