Selasa, 26 Ogos 2014

Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri/ Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Majlis Doa Selamat

Assalammualaikum semua. Lama dah menyepi ni, gatal pula tangan nak ketuk keyboard. Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia.

Hari Raya Aidilfitri baru saja melabuhkan tirainya. Sepanjang bulan Syawal lalu, ramai saudara mara,. sahabat andai serta organisasi-organisasi mengadakan rumah terbuka aidilfitri selain daripada itu ramah tamah sempena aidilfitri juga diadakan. Sekolah Kebangsaan juga sempat juga mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri. Namun yang istimewanya mereka buat majlis 3 Dalam 1 sekaligus.

Selain majlis ramah tamah diadakan juga sambutan Bulan Kemerdekaan dan juga Majlis Doa Selamat untuk murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR September nanti.

Majlis diadakan pada 25hb Ogos bertempat di perkarangan sekolah. hadirin terdiri daripada Ketua-ketua Masyarakat, guru-guru, ajk PIBG, ibubapa-ibubapa serta murid-murid sekolah.














Tiada ulasan:

Catat Komen