Hari ini 27 Mei 2010 jam 1230 telah diadakan jamuan yang ringkas bagi meraikan 2 orang kakitangan sekolah ini yang akan berpindah tempat bertugas iaitu Pn. Nor Asiah bt Jusoh yang akan berpindah ke SK Terusan Lawas pada penggal baru yang akan datang nanti. Beliau akan dapat bersama-sama dengan suami di tempat yang baru nanti. Manakal seorang lagi iaitu Cik Dyg Fatmawati (PT) akan berpindah ke Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei. Puan Nor Asiah mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2009. Manakala Cik Dyg Fatmawati telah bertugas di sini lebih kurang 13 tahun. Guru besar dalam ucapan beliau merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah mereka berikan sepanjang berkhidmat di sini. Dalam pada itu juga majlis juga turut menyambut kedatangan pengganti Cik Dyg Fatmawati iaitu Cik Junaida yang juga penduduk asal Selalang. Kepada Cik Junaida ,pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang dan selamat bertugas. YDP PIBG Sekolah juga turut hadir iaitu En. Hamidon Hj. Ganidan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada pegawai-pegawai yang terbabit.
Cik Dyg Fatmawati
Ustzh Pn Nor Asiah
Cik Junaida
Khamis, 27 Mei 2010
Rabu, 31 Mac 2010
Perkhemahan Unit Beruniform 2010
Pada 26, 27 dan 28hb Mac yang baru lalu ,Unit Ko-kurikulum sekolah telah mengadakan perkhemahan tahunan unit pakaian seragam bertempat di Pantai Alit, Kabong. Seramai lebih kurang 50 orang murid-murid yang menjadi ahli Pengakap, Tunas Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah SK Mandor Aris, terlibat dalam perkhemahan tersebut. Turut serta juga ialah seramai 20 orang guru, kakitangan sekolah serta ibubapa. Rombongan berangkat kira-kira pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Pantai Alit sejam kemudian. Sejurus tiba semua ahli unit pakaian seragam terbabit mendirikan khemah dan membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampung Alit yang banyak membantu perkhemahan tersebut sejak beberapa tahun sebelumnya. Berikut adalah beberapa aktiviti yang sempat dirakam:
Jumaat, 5 Mac 2010
Aktiviti Ko-Kurikulum
Pada 26, 27 dan 28 hb Mac ini nanti SK Kebangsaan Mandor Aris, bercadang akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform untuk tahun 2010. Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti ini akan melibat unit beruniform sekolah ini iaitu Pengakap dan Tunas Puteri. Selain itu sebuah lagi unit berunifor yang baru ditubuhkan tahun ini juga turut serta iaitu Persatuan Bulat Sabit Merah. Perkhemahan tahun ini akan diadakan di Pantai Alit, Kabong. Persediaan sedang giat dijalankan oleh guru-guru dan ahli-ahli persatuan yang akan turut serta. Antaranya seperti latihan kawad kaki, nyanyian dan sebagainya.
Isnin, 1 Mac 2010
Lagi Gambar Perarakan
Dari kiri Cikgu Fadizah, Ustazah Maslinda, Cikgu Dayang Rulhana, Ustazah Nor Asiah, Cikgu Mislia dan Cik Fatmawati
Berdiri dari kiri Ustaz Mohd. Izuan, Ustaz Zakaria, En. Fadhly (Juruteknik), Cikgu Aziz (GB), Cikgu Awang, Duduk dari kiri Cikgu Zainal, Cikgu Ayub, Cikgu Adzuanshah dan Cikgu Hazaral Mohamad (Guru Pelatih IPR)
Jumaat, 26 Februari 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sarikei 2010
Pada Hari Jumaat 26Februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431H.Sekolah Kebangsaan Mandor Aris telah menyertai Perarakan Sempena Sambutan MauludurRasul Peringkat Daerah Sarikei. Seramai lebih kurang 50 orang peserta terdiri daripada guru-guru dan murid-murid yang mewakili sekolah ini. Walaupun pada tahun ini pertandingan poster tidak diadakan namun atas rasa tanggungjawab utk bersama-sama masyarakat Islam yang lain untuk meraikan sambutan tersebut. Sambutan dsempurnakan perasmiannya oleh YB Dato Norah Tun Abdul Rahman. Perarakan bermula dari Taman Selera Baji di Kampung Seberang, melalui Pusat Bandar Sarikei dan berakhir di Masjid Daerah Sarikei.
Rabu, 13 Januari 2010
Program Transisi merupakan satu program yang dijalankan sebagai satu aktiviti bagi membolehkan murid-murid yang baru masuk ke dalam Tahun 1 menyesuaikan diri dengan alam persekolahan sebagai murid di kelas perdana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya seperti memperkenalkan kawasan sekolah , mengenal guru-guru dan kaki tangan sekolah, serta lain-lain lagi.
Murid Tahun 1 dibawa melawat kawasan sekolah oleh Cikgu Roziana guru Bahasa Inggeris mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)