Jumaat, 5 Mac 2010

Aktiviti Ko-Kurikulum

Pada 26, 27 dan 28 hb Mac ini nanti SK Kebangsaan Mandor Aris, bercadang akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform untuk tahun 2010. Seperti tahun-tahun lepas, aktiviti ini akan melibat unit beruniform sekolah ini iaitu Pengakap dan Tunas Puteri. Selain itu sebuah lagi unit berunifor yang baru ditubuhkan tahun ini juga turut serta iaitu Persatuan Bulat Sabit Merah. Perkhemahan tahun ini akan diadakan di Pantai Alit, Kabong. Persediaan sedang giat dijalankan oleh guru-guru dan ahli-ahli persatuan yang akan turut serta. Antaranya seperti latihan kawad kaki, nyanyian dan sebagainya.

Ahli Pengakap menjalani latihan kawad (atas) dan latihan teori.


Persatuan Bulan Sabit Merah dan Tunas Puteri.

Guru-guru Penasihat Unit Beruniform sekolah sedang memberi taklimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan